Friday, January 7, 2011

sambungan...

aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise
dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... bergegar
sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau
dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut
'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan
minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata
aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus
melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka 
merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi 
aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku.. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun
jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!!

suprise!!

       Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan
meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah.

    Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur
rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je 
kat rumah aku rasa amatlah kenyang. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka 
ikatan yang menutup mataku.

       Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya.... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! ... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. bersambung~~~

Antara Dua Darjat..


"saya sedar siapa saya..!!bentak Ahmad kepada pujaan hatinya Liza.
"awak,maaf saya tak dapat nak memberi kasih sayang saya kepada awak,lihat jekla diri awak tu....,"Liza tak menghabiskan katanya.Matanya melirik badan Ahmad dari atas kebawah sambil menggeleng-geleng kepalanya ala-ala Juhi Chawla bile nyanyi ngan Shah Rukh Khan.Kemudian die tergelak.
Ahmad yang merasa dirinya terhina membalas dengan berkata"saya tau awak malu dengan saya,saya dah la pakai baju lusuh,tade motor gi jalan-jalan pown naik beskal jerk,lainla awak tu kaya....,"Balas Ahmad kepada Liza.Die sedar die dan Liza ibarat langit dengan bumi,Liza anak Dato' Mansor,seorang usahawan petai dalam tin yang berjaya,sedangkan dia,anak penoreh getah.
"awak cakap je la awak nak anak orang kaye kan?ye la kita putus jerk la!!kata Ahmad sambil menunggang basikal yang sebelum ini disandarkannya diperdu pisang.
Ahmad mengesat airmata ketika meninggalkan Liza,Liza memandang Ahmad sambil gelak-gelak dengan angkuhnya...ketika Ahmad semakin jauh dan mahu membelok selekoh untuk kerumahnya,Liza kemudian menjerit,"Ahmad!!nanti kita main sama-sama janganla merajuk!!
"ish,Ahmad ni belum sunat lagi dah nak kawen ngan kite,"kata Liza budak darjah 4 SK Sri Tanjung dalam hatinya sambil tergelak-gelak ala2 cipan mengalami kesukaran untuk melahirkan anak kembar.
THE END....

Tertinggal..


        Disatu lapangan terbang, sepasang kekasih, Bloom dan Jenab saling
memandang dengan ekspresi wajah sedih. Mereka akan berpisah selama
dua tahun kerana Bloom terpaksa berpindah ke New York. Tidak lama kemudian,
terdengar suara dari operator bahawa pesawat yang akan menuju ke New York
akan berangkat. Sebagai tanda perpisahan, mereka berciuman dengan sangat mesra.
Kemudian Bloom meninggalkan Jenab sambil melambaikan tangannya dengan air mata yang menitis di pipinya. Setelah berjalan dua ratus meter, tiba-tiba Bloom berlari semula mendapatkan Jenab.
     Jenab dengan hibanya berkata ,"Pergilah Sayang. Aku merelakan pergianmu!".
Bloom menjawab,"Maaf sayang. Gula-gula getahku tertinggal di dalam mulutmu."