Saturday, December 31, 2011

Bila nak berakhir semua ni..kisah cinta tak kesampaian )=

Tuesday, December 20, 2011

Penat itu satu pengalaman

SAlam..

Hari ni aku nak citer pasal PENAT a.k.a TIRED..kalau dalam sinetron Indon they call it as CAPEK..wuhuu..bervariasi bahasa sudah..erm tak per lah.actually dah korang dapat belajar sesuatu dari blog ni hari ni tau.Okey,knapa tajuk entry aku harini berunsurkan penat erk?sebab masa aku taip entry ni aku memang tengah penat.penat yang rasa kalau dapat tidur heaven gila..tapi tak boleh,nak mahgrib da..nanti terbabas pulak naye je kan..so kita buat lah apa yang patut eh.jerang nasi ke air ker..aku air je boleh.sebab rice cooker aku dah kene kidnap ngan orang office 2 hari lepas..

Berbalik pada tajuk diatas.beberapa hari ni aku penat sangat.sebab banyak keje kene buat.paling penat semalam.sebab aku kene round satu bangunan gedabak punya besar tuk hantar assigment.Building ni actually baru je wujud dan beroperasi kat uum semester ni.Puas kot pusing2 sampai pening n lenguh kaki tapi tak jumpa-jumpa.kalau aku sorang kompom dah aku nangis-nangis kat tepi koridor building tu.nasib lah aku g ngan member aku berdua.

Aku pusing-pusing building tu dari pukul 4 sampai dekat pukul6..dari ground floor sampai lah tingkat 3.lecture cakap bilik dia aras 3,tapi bila cari2 xde pon number bilik angka 2 kat depan kat situ...yang ada angka 4 or 3.tu yang duk explore atas bawah depan belakang.Tanya staff kat situ pon dorang tak familiar sangat lagi ngan bangunan STML ni..

Even hari tu rasa penat sangat.aku dapat experience berguna tau.yelah sebelum ni,aku tak penah pun explore building 4tgkat tu.sebab lecture kos aku bukan office dorang kat situ.Lecture yang bilik dia lain ni adalah lecture paper elektif aku.so wajarlah aku tak tahu.

But right now aku dapat tahu dah.bangunan tu pecah tiga bahagian.1st bangunan STMC,2 bangunan Sains Kuantitatif n last bangunan STML..kat situ ade lif kat tengah2 antara 3 bangunan yang di pecah tadi.Bilik lecture aku jer number bilik dia start angka 2 kat aras 3 tu..tak tahu sebab apa..

Moralnya,jangan marah bila kau kene penat.sebab penat tu lah akan bagi kau pengalaman n tambah pengetahuan kau.Kedua,sila yakin dengan diri anda dan apa yang anda dah tulis,sebab kata-kata orang lain tak semestinya betul.Ketiga,jangan malu bertanya.Keempat,rajin2 lah explore tempat baru supaya korang tahu ape yang ade di situ.(pada aku bangunan baru kat DKG 6 ni cantik,sesuai lah nak buat photoshoot)..


Saturday, December 17, 2011

Hanya Engkau YG Mampu

SEKUAT mana saya SETIA...

SEHEBAT mana saya MERANCANG...
SEJAUH mana saya MENUNGGU...
SEKERAS mana saya BERSABAR...
SEJUJUR mana saya MENERIMA AWAK...

...Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama...Kita Tetap Tidak Akan Bersama ...
...Tiada Yg Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang...
...Dan Sebaik-Baik Yang Merancang Itu Adalah Allah s.w.t...



credit to..EN.MIMPI :)

Friday, December 16, 2011

Kekasihku Milik Orang Part 5

Hari ni insyaallah sehari aku takde mesej dia..kisahnya semalam,dia tegur aku sesuatu..dia cakap ape maknenya kalau sayang pun tapi dia dah bertunang..apa perasaan aku,kalau aku bertunang dan tunang aku mesej
dengan orang lain..?

aku paham situasi aku.malah sikit pun aku tak pernah lupe..walaupun sesaat.aku sedar yang aku memang tak pernah ada apa-apa dengan dia..bukan aku minta jadi macam ni,jauh sama sekali..malah dulu aku lah orang yang tak sukakan dia,bencikan dia sebab masa tu aku tak suka lelaki gemuk,laki skema macam dia..tapi semua tu da berubah..seiring dengan kedewasaan aku,aku pun dah tak memilih paras rupa dalam memilih pasangan..

aku terpaksa akur dengan permintaan dia.walaupun hati ini berat..nak aku luahkan atau tanyakan pada orang lain nanti kena marah..sama macam waktu aku tanyakan imam muda asyraf waktu krisis dulu..

aku cuma doakan dia bahgia dan tenang tanpa kehadiran aku sekarang..

Haruskah ku terus melayani perasaan
Meski pun ku tahu itu hanyalah khayalan

Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman

Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi

Tidak mungkin kembang lagi dan berseri..

Kekasihku Milik Orang Part 4

sambungan cter dari part 3..dia tak nak tunaikan permintaan aku..aku tanye knape?tapi takde jawapan..dia juz cakap tak nak je..hancuss hati aku..siyes.sampai hati dia (-.-)...

lepas tu aku cuba berunding(negotiate) ngan dia.apply subjek aku blaja sem ni..cuba dapatkan BATNA(best altenative to negotiate agreement)..aku guna 7fasa psoses perundingan Greenhalg.Berguna jugak..kasi asah memory otak aku,sambil nego sambil ingat teori untuk final exam.3 in 1..hehehe

finally!jeng3..im win this situation..he also..dia mintak aku bace Quran kat dia dulu..baru dia pulak bace kat aku..suke sangat2..thanks sambil senyum sampai telinga.. =D

Thursday, December 15, 2011

Kekasihku Milik Orang Part 3

alhamdulilah..malam tadi aku dengan dia contact semula..aku happy sangat.walaupun aku sakit tekak,aku cover suara,buat macam tak sakit..nak bagi dia fikir aku dah sihat

.padahal hari ni,demam aku makin menjadi.kepala aku makin sakit..tekak aku makin perit..sampaikan nak turun ke kafe pun aku tak larat..kelas pun aku tak pergi.seharian macam ni..rugi rasanya tak pegi kelas,sebab hari ni lecture bincang topik2 penting untuk final exam..

tadi petang aku mesej dia..ntah lepas maghrib tadi badan aku makin panas.satu badan aku selubung dengan selimut..aku sejuk,tapi badan aku panas..tapi badan aku tak berpeluh pun..sikit pun tak..

Dalam tahan rasa pening kepala yang makin menjadi,aku terasa nak baca Al-Quran..aku baca surah-surah pendek dalam hati...sebenarnya aku nak sangat ambik Al-Quran dan baca..mungkin itu akan buat aku rasa lebih tenang dan dilindungi oleh Dia..tapi aku tak boleh sebab uzur..

Hati aku tetiba teringatkan dia..aku tahu rutin harian dia..kerjanya hari-hari mengajarkan ilmu agama dan mengajar anak-anak mengaji di sekolah dan tuisyen di rumah-rumah orang..aku pernah dengar suaranya menyanyikan lagu-lagu nasyid..not bad..

Aku ingat lagi..masa tu dia hantarkan aku balik ke rumah orang tuaku.Saat tu aku tak layan lagi lagu-lagu nasyid.kalau lagu yg aku tahu hanyalah lagu cinta zaman sekarang dan lagu-lagu rock kapak 90an.lagu-lagu nasyid yg dia pasang jujur aku cakap,20% jer aku tau..tu pun nasyid genre cinta..ciap kene perli lagi aku dengan dia mase tu.malu aku.(-.-)..

respon dia terhadap permintaan aku..?next entry aku cerite..sabar ye kalian2..

Kekasihku Milik Orang Part 2

2011-12-14
Hari ni rase macam nak demam je..mata pun xsegar macam biasa.sakit tekak mase bangun pagi.ni symptom nak demam aku..sumpah aku tak nak..ni demam nak balik kampong ke ape?adoi..

Dah la arini ade kuiz hris,aku tak study apa pun.. sbb aku apa yang aku bace tak masuk.otak aku tak dapat serap ape yang ade kat buku tu...kepala aku pening.aku nak tido,tapi takut tak terjaga pulak..kuiz ni penting.walau ape pun aku kene jawab jugak..

Dia..kenape dia macam dah tak caring pasal aku lagi haa?..dia dah tak sayang aku lagi ker?
Dlu walau sesibuk mana pun dia mesti ade dengarkan luahan hati aku..tapi tadi,aku mesej dia..aku cakap yg aku rase tak sihat.tapi dia Cuma balas dia busy buat assignment je..sedih hati aku..

Walaupun aku dengan dia tak pernah declare bercinta,dia tak tau ke yang aku sayang sangat kat dia?
Dia tak nampak ke apa yang aku buat untuk cinta tak kesampaian ni?Dia tak rasa ke apa yang aku rasa?

Tuhan..tolong kuatkan hati aku..aku redha kalau dia di takdirkan bukan untuk aku.tapi aku mohon,bagi aku ruang dan waktu yang ada ni,untuk aku rasa bahgia dengan dia.sebelum dia bernikah dengan jodoh dia..sebab lepas pada tu,aku tak kan ganggu dia lagi dan aku selalu doa dia bahgia..
Semoga Tuhan makbulkan doa aku yang satu ini..amin..

Tuesday, December 13, 2011

Kekasihku Milik Orang Part 1

Aku kenal dengan dia dah dekat empat tahun..mase tu aku baru je lepas SPM.umur aku 18thn baru parents aku bagi pakai handfon..tu pun pinjam along aku punyer..Model fon aku pakai mase tu nokia butterfly..actually aku pun tak sure name betul dia ape.tapi fon dia petak dan kecik je.screen dia punye cahaya kaler biru..kale kesukaan aku..

Mase tue kire macam aku ni budak baru nak naik remaje lah kiranya.baru nak up orang kate..happy giler walaupun dapat fon sekecik tu je..janji dapat mesej.tu je motif utame aku mase tu.jeles kot tengok kawan2 duk mesej ngan boyfren dorang..aku pun nak jugak..huhuhuhu..naif nya la aku pasal function sebenar handfon mase tu..

setakat ni dulu.nak pergi outing ngan roomate.nak mandi cepat2..nanti tertinggal bus free pulak..bus 530pm..ok bai!