Wednesday, January 30, 2013

Tonton Setia hUjung Nyawa secara 0n9..

 Assalamualaikum..
         Recently ramai yang mula bercerita pasal cerita Setia Hujung Nyawa ni kan?baik kat sekolah,tempat kerja,makcik2 pun..baru-baru ni adik aku yg kat hostel pun sibuk tanya pasal citer ni..walaupan kat rumah aku dah ada novel dia,tapi pada aku,,cerita dia lagi best dari bace novel..sebab dalam tv,dia cuba hidupkan watak-watak Hady,Eriza and Ikram..so ni dia salah satu link untuk yg tak berkesempatan nak tengok drama ni kat tv3...hope you all enjoy yea =)

P/S:sekarang ni.aku suke pulak tengok watak Ikram..sebab bila part ade dia,macam sweet2 kelakar je dia blakon tu..wlupun kadang2 rasa macam..isk dia ni nyibuk je!..paling aku suke waktu dia mnyamar jadi kak bedah Hok Aloh!huhuhu..

http://www.youtube.com/embed/kBSXKtVbW2s

Saturday, January 12, 2013

Apa Barang yg Saya Guna?..

assalamualaikum..

hari ni aku nak kongsikan koleksi barang peribadi aku yg pakai hari-hari..sesetengah orang memang agak memilih kan untuk pakai benda-benda yang nak tepek atas muka dia..letak atas badan dia.Kadang-kadang tu ada yang sanggup berhabis duit sebab nak kan koleksi barang-barang yg branded and mahal-mahal.Tapi bagi manusia yang suka hidup bersederhana apa yang dia pakai,dia tak kisah mana pun pasal brand-brand ni..macam aku..pakai je apa yang nampak cantik and yang penting tak memudaratkan diri dan duit aku..bhahaha..ok sekarang nak tunjuk apa je yang aku pakai..zasss!!

#Untuk memastikan sang ketiak sentiasa terpelihara dari bau-bauan yang tidak menyenangkan,aku gunakan DEADORANT NIVEA double effect kaler purple(RM8.90)..selain baunya yang agak lembut dan wangi ia jugak berfungsi sebagai mengelak bahagian bawah lengan menjadi tona gelap dan kehitaman..jadi aku gunakan untuk menjamin ketiak tidak berubah tona sebegitu.

#Seterusnya bagi memastikan kulit tidak menjadi kering dan wangi,aku gunakan LOSYEN ENCHAUNTER PARIS ADORE..losyen badan ni bukan sahaja tak terlalu berminyak tetapi bila kita pakai dia wangi macam pakai perfume..so,kalau nak berjimat tu guna losyen ni jelah,tak payah dah nak guna perfume lagi..jimat bukan?

#Bagi penjagaan bibir pulak,aku gunakan BABY LIPS dari Maybelline..(RM8.90)keistimewaan dia,bila kita pakai dia bukan saja elak bibir jadi kering dan pucat macam orang sakit tapi buat bibir kita nampak warna natural..





#Bagi penjagaan wajah pulak,aku gunakan produk dari SAFI BALQIS PERFECT 10..dari pencuci muka,toner,sampailah ke krim pencerah...actually dulu aku pernah guna krim OLAY tapi pencuci SAFI Balqis Perfect 10.Kesan dia lebih cantik dari guna semua sekali produk safi macam sekarang.Tapi atas faktor harga dia yang lebih mahal,aku consider untuk pakai krim SAfi je lah..

#Selepas cuci muka dengan pencuci safi balqis perfect 10(RM6.90 yang kecik),guna toner(RM tak samapi 10rgt),sapu krim safi tu(RM <10rgt),aku gunakan bedak compact MAGIC BB dari SILKYGIRL(RM berapa ntah tak ingat tapi tak sampai 20lebih pun kat Watson)..Bedak ni dia ganti foundation..dia tutup cela pada wajah sebelum kita guna alat mekap yang lain..kalau guna bedak ni,calit lips skit kat bibir pun dah cun dah..xpayah nak mekap sampai jadi macam ANZALNA..hahaha(mekap tebal sangat pun tak lawa)


#Pastu kalau nak tambah seri sikit lagi,aku gunakan EYELINER SILKYGIRL kaler dark brown(sebatang RM8.90 masa ade promosi kat Guardian) atau EYELINER M.A.C kale hitam..(RM1.90 kat kedai My One Shop)and kalau agak2 nak bagi pewarna cikit kat mata,aku guna EYESHADOW yang ade 4 tona kaler dari Maybelline..(RM26.90 kat guardian)

#Lagi bagi beri effect comel and perasan comel kat pipi,aku guna BLUSHER CRYSTAL..benda ni murah je,aku beli kat kedai My Lovely Choice(kedai cenderamata n aksesori pink sebab dia cat kedai kale pink) dengan harga RM5.90..asal nampak cantik,murah and tak gatalkan pipi aku pakai je..

#Lastly,aku memilih PERFUME ENCHAUNTER PARIS ADORE(kotak purple) untuk wangian aku...beli ni sebab selalu sangat tengok iklan kat TV.try bau pun lembut and tak berapa kuat.so aku beli dengan harga RM26.90 sekali pack kombo dengan lotion dia mase ade promosi kat TF value mart.



itu je lah yg aku pakai..ok sekian!thanks sudi bace =)


Wednesday, January 2, 2013

AdAptaSi Novel SEtiA HujUng Nyawa Yang bEST!


hai assalamualaikum..
tak jawab dose,kalau jawab sayang~(bajet Maria Elena sikit)..wuhuhu.. =D

Korang perasan tak,sekarang ni banyak cerita novel dah diadaptasi jadi cerita kat dalam TV??kalau perasan tu bagus lah..maknanya korang ni alert dengan drama-drama kat malaysia.Ermm..yang tak perasan tu aku assume dua benda je..samaada diorang ni bukan kaki tengok TV or tak suka novel and tak suka cerita melayu.

Sekarang ni antara adaptasi yang paling h0t kat TV Drama Adam Hawa(kat Astr0 mustika HD)..rumah aku takda saluran ni..s0bs :'(
Jadi sebagai alternatifnya aku tengok siaran biasa-biasa jelah.Sekarang ni petang2 tepat 7pm aku dengan family aku akan terpacak kat depan TV3 tengok drama SEtia Hujung Nyawa. Hero dengan Heroin dia cute woo..hehehee..suka!aku suka cerita dia yang romantik sweet tu.

OK..bagi yang tak tahu drama ni,ni gambar  and sinopsis dia k :
pelakon yang membintangi drama ini ialah Nelydia Senrose dan Amar Asyraf.





Sinopsis Setia Hujung Nyawa

Pengantin perempuan lari?

Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun. 

Zain Hakimi panasaran tatkala tunangannya Sofea melarikan diri ke luar Negara disaat majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. 

Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Bagai orang menggantuk yang disorongkan bantal, Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu.

Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang.

Demi menyelamatkan maruah keluarga, Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina terpaksa rela untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya. 

Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan kedua-dua mereka saling berpandangan. Setelah sah bergelar suami isteri, Zain amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Zain terkesima bilamana mendengar ersalina disahkan keguguran padahal zain tidak pernah ‘menyentuh ‘ isterinya.

Ersalina terkejut kerana tidak mengetahui situasi dirinya yang hamil. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya mahu mengahwinkannya dengan zain. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni.  Hubungan zain dan ersalina dingin beku selepas kejadian tersebut, Zain hanya berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dilayan seperti orang gaji. Semuanya dibuat atas rasa kecewa dengan penipuan yang dialami. Kerana baginya keluarga ersalina menabur budi apabila menggantikan ersalina untuk majlis tersebut namun rupanya menjadikan dia kambing hitam atas perbuatan ersalina. 

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Walau dicaci dan dihina ersalina tetap melayan zain dengan penuh kasih sayang kerana baginya disitulah syurganya. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka. 

Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali, hubungan yang hampir musnah akhirnya menemui kebahagian apabila zain berjaya mengusir bayangan hitam ersalina dan menerimanya dengan hati yang terbuka.  Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya. 

Sekali lagi cinta mereka diuji apabila zain kemalangan dan disahkan koma. Terasa gelap gelita hidup ersalina bila zain tidak sedarkan diri selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Berita kehamilannya mengembirakan semua ahli keluraga namun sahabat zain, hady mempunyai rasa kurang percaya kerana selama ini perhubungan mereka agak dingin. Hady merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh Datin adibah.

Tatkala rahsia hitam Ersalina terbongkar, Datin adibah bertindak menghalang ersalina daripada berjumpa zain. Rapuh hatinya apabila terpaksa berpisah dengan suaminya. Zain akhirnya sedar dari koma dan datin adibah berkeras supaya mereka berpisah. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka. 

Datin adibah berusaha menjodohkan anaknya dengan Erniza anak rakannya tetapi zain tetap mencintai isterinya. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. 

“lina janji , setia ini hanya untuk abang. Selagi ikatan ini ada, lina hanya untuk abang” – ersalina

"Tapi abang memang dah tekad, biarpun tanpa cinta abang terima pilihan keluarga. Inilah cinta abang. Abang mula menyayangi lina tanpa sempadan, tanpa syarat” – zain hakimi

“perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya” rupanya zain juga pernah mencemari mahkota perempuan lain ketika remaja dan ini diketahui datin adibah apabila zain tersempak dengan perempuan tersebut. Ini membuka mata hatinya dan menerima ersalina sebagai menantunya. Cinta ersalina dan zain kembali bertaut dan direstui oleh kedua belah keluarga. Happy ending! 

N0te : Actually aku pun tak pernah baca novel dia..ni hasil carian aku dalam google :P