Friday, November 2, 2012

i am 23th~~

ni lah muke saya di usia 23tahun..hehehe^^
Bulan lepas pada tarikh 17/10/12 genaplah usia saya 23tahun..macam tak percaya je itu saya.kuikuikui~~
Thanks emak dengan abah..23tahun tolong jage kita,bagi kasih sayang dekat kita,hulur duit kat kita bila kita perlukan..sayang mak dengan abah banyak2..tanpa mak abah siapa lah kita..

Pada usia saya yg dah menginjak 23tahun banyak sebenarnya pengalaman hidup yg saya dah tempuh..ada suka ada duka,ada bahgia ada sengsara..Antara perjalanan hidup saya yg penuh pancoroba adalah dalam merancang jalan hidup saya..dulu masa berumur  belasan tahun sy sangat inginkan diri saya menjadi seorang pakar penyelidik..yg bekerja di dalam makmal sains..rasa macam profesional sgt kerja tu..saya memilih elektif program sains tulen masa SPM..sangat mncabar belajar subjek fizik,kimia,bio n paling orang takut add mate..mase SPM tu saya hanya dapat 6kredit je daripada 10subjek..

Lepas tu,masuk tingkat6 dah macam tak boleh nak pegi dah subjek sains..Mase tu ambik keputusan 180darjah dalam hidup..Ya Allah..betul ke keputusan yang aku buat ni?..hari detik macam tu dalam hati..Ambik pulak aliran kemanusiaan..Business study..Rasa bolak balik eh boleh ke buat ni..orang cakap susah jugak..nak tak nak lalu jugak..malas-malas pun study jugak.Mase tu apply politeknik.Ada rezeki dapat  offer Dip Teknologi Makanan kat POLISAS,Pahang.Kebetulan dapat..tapi taknak pergi sebab dah sayang kat kawan-kawan sekolah,cikgu-cikgu sekolah..dah suka duduk hostel,dah tak malu umur 18tahun masih pakai baju sekolah..family macam "eeii..dah ada rezeki tolak pulak,dlu mintak".dilema kejap..dah mase tu taktahu nak jadi ape..tanya kat emak,dia suggest jadi cikgu.Ok dah taknak toleh belakang lagi.mind set kat otak "aku nak jadi cikgu..".kalau dapat result STPM tak ok confirm kena marah dengan abah.Nak-nak pulak mase tu tengah bercinta dengan someone ni..mula-mula tu sorok-sorok je msg.dating pun mase hari outing hostel je..kalau tidak jenuh cari alasan..heheh^^..tapi lame-lame kantoi pulak.ok takpe lah hati dah sayang,bawak jumpa mak abah...nasib dorang boleh terima walaupun selalu kena bising jugak.

Masuk upper 6 dah mule serius kena belajar.nak g dating pun kadang bawak buku..buat keja sekolah..huh!masa nak trial tu,tiba-tiba ada masalah clash dengan BF..rasa macam kena hempap batu..sayang kot..Nangis-Bace Buku-Nangis-Bace Buku..exam STPM dah..keluar result dapat lah 1A3B..sykur sangat.subjek yang nak apply untuk cikgu tu dapat A..mase tu rasa peluang ada dah.Nak sambung study kat UPSI,nak jadi cikgu!tapi nasib tak menyebelahi pulak.Keluar surat kemasukan IPTA dapat kat UUM kedah..gila frust..

Tapi gagahkan jugak pergi study.Ambik course Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia..sekarang dah habis study dah,3tahun dah berlalu..dalam ada penah rasa nak berhenti U sebab dapat pointer 2.10...tapi alhamdulilah sekarang pointer dah naik balik,walaupun ada ulang-ulang paper.. baru lepas habis praktikal kat PPD Batang Padang minggu lepas.Lepas ni nak kena cari kerja.Insyaallah tahun depan Grade.Doakan saya..

Di usia 23 tahun ni saya nak ada pekerjaan tetap yang boleh sara diri dan keluarga saya kelak.Saya nak banyakkan ilmu dunia dan akhirat.Saya nak bahgiakan orang tua saya.Saya nak ada perjalanan hidup yang baik.Saya nak dijumpakan dengan lelaki yang boleh sayang dan bimbing saya..sebab dah banyak kali cinta putus cinta putus..kawan2 dah banyak yang kahwin ada anak dah..jeless~~huhuhu^^

Semoga Allah mendengar doa saya..kabulkan impian saya,tetapkan dan tambahkan iman dalam diri saya,jadi hamba yang sabar dan sentiasa bersyukur..Amin..


Sunday, August 26, 2012

Salam Aidilfitri..

Alhamdulilah hari ni dah masuk hari ke8 umat islam sambut raye..SELAMAT HARI RAYE YE..hehehe..lambat!

Dikesempatan ni nak wish selamat hari raye pada semua yg bace blog ni..maaf kalau ada salah dan silap ye..

SEkian..


Tuesday, August 14, 2012

"Trying  forget someone who really love is like  you try to remember someone who never know..."

ni betul-betul aku rase ni..bukan cubaan and bukan mainan..tak cukup kat rumah bila duduk sorang-sorang aku nak nangis bagai..tambah pulak kat office ada kad kahwin dia pulak...uwwaaaaaaaaa!!..rasa nak nangis laju-laju.tapi kat office nangis dalam hati jelah kan...

Hope aku dapat lupakan kisah aku dengan dia nanti...isk boleh ke aku ni? sabar-sabar..ini semua dugaan(cakap pada diri sendiri) :')

Friday, August 3, 2012

Salam...

Hari ni buat kerja sendiri je..balik rehat pun awal..dapat Bubur lambuk free lagi..2 bekas pulak tu.unit akademik bagi untuk semua staf kat PPD ni..alhamdulilah rezeki Allah nak bagi..

Hari ni pergi ofis pakai jubah purple dengan selendang..hari jumaat,lame dah tak pakai jubah.Ada pulak orang panggil aku Yuna and Ultraman...sebab kat jubah ni ade manik macam besi..hahaha..merepek betul  pembantu am pejabat ni..

Tadi baru call mak cakap nak balik..MOTIF :TAKUT BALIK2 MAK TAK DE LAGI..(macam minggu lepas balik2 je mak dah balik kampung..uwa sadis je aku rase...

Hari ni Kekasihku Milik Orang mesej..dia tanya isnin perak cuti ke tak?kalau tak cuti, dia taknak balik kampung.. siap mention lagi..SAJE NAK TANYA..always je macam tu..


Thursday, August 2, 2012

Salam..

Hari ni g ofis relax je..bos besa,timbalan dia,ketua unit semua takde...bosan jugak bila takde kerja.bila dah dapat kerja naik juling mata tengok data.Paling tak syok bila kena call sekolah-sekolah ..tak angkat satu hal,lambat hantar data pun ye jugak..haih...geram di buatnya.

Esok hari jumaat,hari yg ditunggu-tunggu sebab hari balik kampung.every weekend je mesti balik kampung punya.padahal dekat je pun.TAPAH-TROLAK..hihihi ..

Dah masuk dua minggu kita berpuase..baju raye aku mak dah gunting ke belum entah ni..erm biasenya baju aku dan adik beradik lah yang mak buat paling last.kadang2 tu pagi raye baru siap.mak akan buat baju untuk tempahan dulu..aku ada lah basic menjahit sikit-sikit.Aku belajar masa tunggu result SPM dulu..tu pun sebab parent aku tak bagi aku kerja.sudahnya menjahit lah aku..

Asal balik cuti je sekarang ni kerja part time aku tolong mak menjahit..aku tolong jahit tepi,buat mata lalat kat baju kurung..dulu rajin lah menjahit baju sendiri,lepas lama tinggal dah belajar kat U rasa malas dah..setakat tolong-tolong gitu boleh lah...

Raye ni kalau tak ada masalah semua ahli keluarga aku akan beraya kat trolak..mesti meriah nanti.Dengan anak buah yg semua hiperaktifnya..hurm cepat lah bersepah umah mak tu nanti..

Selamat berpuasa to all muslim yg menunaikan ibadah puasa..Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna..

Wednesday, August 1, 2012

life must go on..

salam...

Minggu ni genap seminggu aku berpraktikal di PPD Batang Padang..rase kejap je mase berlalu.3tahun rase macam baru semalam..Alhamdulilah aku dapat sesuaikan diri dengan environment kat sini..ofismate pun mesra semua..

Bulan 9 aku akan ke U semula.ada benda yang nak diuruskan,hope semuanya ok nanti.
Sedikit rasa kecewa,kes aku dengan She macam tak dipandang serius.walaupun aku dah dpt semula duit yg dicuri tu,orang yang bersalah tak dikenakan hukuman.macam tak adil!dunia memang selalu tak adil..ah lantaklah..sekurang-kurangnya keputusan yang aku dah buat tak menyusahkan sesiapa.

Semalam genap 7 bulan aku kawan dengan M.suatu tempoh yg agak lame.Tapi mungkin setakat tu je aku mampu bertahan.Dia dah tak kisahkan aku da..sekurang-kurangnya aku mencuba,aku bukan kalah macam tu je..Tuhan lebih tahu...

Saat macam ni memang aku rasa kosong sangat2..dengan tarikh pernikahan H yg dah nak dekat..Hati mane yg tak sedih..sabar je mampu.Aku cuba sibukkan diri aku dengan tak terlalu fikirkan pasal tu.Dalam hati hanya Tuhan je tau..mungkin ada yg lebih baik untuk aku..

Sekarang ni umur aku dah 23tahun..masa untuk fikirkan masa depan aku sendiri..seronok bila tengok kawan2 yg dah kahwin and bahgia..dah ade kerjaya.sedangkan aku baru je nak mula.hope ade rezeki dapatkan kerja nanti..

Sunday, March 18, 2012

When She Start Lies..

salam..

hari ni aku nak cerita kisah seorang makhluk ni..aku gelarkan dia "she",bukan nama sebenar..dah macam kisah suspen pulak dah..hihihi..

actually aku start kenal She dari aku semester satu.masa tu dia penah segroup asgment dengan aku..jujurnya masa tu aku serius tak suka geng kelantan,macam dia ni lah..bukan apa,kalau jumpa geng habis tak mahu cakap luar dah..nak cakap bahase kelantan dia aje..

Back to the story, aku sekali lagi ditemukan dengan She mase aku semester lima.kami dapat bilik sama..pindah dari kolej yang sama.Aku suka sebab ada jugak orang yang aku dah kenal kat tempat baru..hidup kami berjalan macam biasa,seakan pasangan roomate yang bahgia..masak bersama,makan sama,keluar sama..

Nak dijadikan cerita dalam pada keakraban kami tu,satu hari aku dengar cerita yang bff dia hilang duit,ratus jugaklah..memang masa last day tu si roomate aku ni tido bilik bff dia..Bff dia ni syak She yang ambil duit dia.Mase tu aku xtahu nak percayakan siapa.dua-dua kawan.She nangis-nangis cakap kat aku dia takbuat.Lepas pada tu She dengan bff dia langsung tak jumpa..Bff dia tu ada aku jumpa,tapi masing-masing tak nak beralah,taknak jumpa antara satu sama lain..Ah lantak korang lah..

to be contineu..~

Wednesday, January 18, 2012

Kekasihku Milik Orang Part 6

hari ini..buat sekian kalinya dia contact aku semula..mula-mula masa nak angkat fon tu.aku rasa macam nak marah je kat dia..aku taknak dia hubungi aku lagi da..hati aku sakit!aku tak sangup nak dengar suara dia lama-lama..tapi aku angkat jugak bila dah 3kali fon aku bunyi je..tak nak ganggu roomate aku,kitaorang nak exam kot petang td..

Ya Allah..aku kuatkan hati jawab cl dari dia..dalam hati "ish..apa lagi lah dia ni,aku tak contact dia..pls..jangan lah buat camni..terrgugat tahu.erm..

Lepas dengar dia bg salam,aku terus je jawab and tanya kenapa..dia cakap nak tanya sesuatu.berdebar je jantung aku..dupp dapp dupp dapp..apa dia nak tanya aku ni?..BLUR!

Rupanya dia tanya aku nak jumpa tak buat kali terakhir..lega.perasaan aku nak marah tadi otomatik je rasa tenang..aku tak tahu aku gembira ke sedih..tapi itu lah pmintaan aku,kalau dia betul-betul dah tak nak kat aku lagi..syukur,Allah dengar doa aku.bagi aku kalau nak berpisah sekalipun biarlah dengan cara baik..

Lagipun,kalau dia tak jumpa aku,mesti susah aku nak terima kenyataan kitaorang dah sure berpisah..
skang ni,aku rasa bersalah pun ada.betul ke tindakan aku buat ni..?Ya Allah bantu aku..

Tapi yang aku tahu,aku lah orang paling happy kalau dapat jumpa dia untuk permintaan aku ni..pasni aku tak mahu apa-apa da..erm tapi mesti sedih jugak rasa hati ni..sebab mungkin dia buat ni semata-mata nak aku mudah lupakan dia..

Wednesday, January 11, 2012

When Exam was C0ming..

lama je rasa tak update blog ni..dari tahun lepas!oppssssss..maaf ye readers,actualy aku busy sikit sekarang ni..EXAM MOOD!..erm hari ni baru berpeluang nak update.sebab sem ni aku amik 7subjek..untung jadi student 4year degree..tiap-tiap sem ambik paper cikit jer.aku?sob3.. :'(

hentikan sandiwaramu..kau yg klik sendiri bukan.tak mahu ambik 4tahun gara-gara tak mahu keluar U pada usia yang dewasa sgt..hik3..setahun jer pun beza..GgRRrr..!!geram pada diri sendiri jup.cuba menghargai apa yang kita ada..itu yg sebaiknya..k

Sem ni aku ambik paper 2000 n 3000 je.aper??meh aku briefly sikit.kat U aku ade 3level paper..1000,2000 n 3000..it is the code of the paper yea..paper 1000 adalah paper (ABC,multiple question),2000(esei pendek,thap kesusahan yg d tengah2) n 3000 paper plg ssh(esei panjang n ade case study)...

Subjek aku ambik exam final sem ni adalah :

Strategic Magement 3023=paper bace,case study,analisis
Quality Magement 3013=paper yg byk teori n tokoh2 dan kira-kira
negotiation 3073=paper byk teori kene ingat dan analisis kes,kmahiran berfikir
statistik gunaan 2013=paper statistik yg perlukan pengiraan n byk step
HR infomation system 3093=macam paper IT tapi lebih kepada macamna nk guna sesuatu sistem IT
HR islam 3163=blajar teori HR n kena ingat hadis
Penilaian prestasi 3053=paper teori n membaca n fikir

Semua susah..tak tahu yang mana mahu skor A..harap2 ada lah jugak.. =)