Saturday, December 31, 2011

Bila nak berakhir semua ni..kisah cinta tak kesampaian )=

Tuesday, December 20, 2011

Penat itu satu pengalaman

SAlam..

Hari ni aku nak citer pasal PENAT a.k.a TIRED..kalau dalam sinetron Indon they call it as CAPEK..wuhuu..bervariasi bahasa sudah..erm tak per lah.actually dah korang dapat belajar sesuatu dari blog ni hari ni tau.Okey,knapa tajuk entry aku harini berunsurkan penat erk?sebab masa aku taip entry ni aku memang tengah penat.penat yang rasa kalau dapat tidur heaven gila..tapi tak boleh,nak mahgrib da..nanti terbabas pulak naye je kan..so kita buat lah apa yang patut eh.jerang nasi ke air ker..aku air je boleh.sebab rice cooker aku dah kene kidnap ngan orang office 2 hari lepas..

Berbalik pada tajuk diatas.beberapa hari ni aku penat sangat.sebab banyak keje kene buat.paling penat semalam.sebab aku kene round satu bangunan gedabak punya besar tuk hantar assigment.Building ni actually baru je wujud dan beroperasi kat uum semester ni.Puas kot pusing2 sampai pening n lenguh kaki tapi tak jumpa-jumpa.kalau aku sorang kompom dah aku nangis-nangis kat tepi koridor building tu.nasib lah aku g ngan member aku berdua.

Aku pusing-pusing building tu dari pukul 4 sampai dekat pukul6..dari ground floor sampai lah tingkat 3.lecture cakap bilik dia aras 3,tapi bila cari2 xde pon number bilik angka 2 kat depan kat situ...yang ada angka 4 or 3.tu yang duk explore atas bawah depan belakang.Tanya staff kat situ pon dorang tak familiar sangat lagi ngan bangunan STML ni..

Even hari tu rasa penat sangat.aku dapat experience berguna tau.yelah sebelum ni,aku tak penah pun explore building 4tgkat tu.sebab lecture kos aku bukan office dorang kat situ.Lecture yang bilik dia lain ni adalah lecture paper elektif aku.so wajarlah aku tak tahu.

But right now aku dapat tahu dah.bangunan tu pecah tiga bahagian.1st bangunan STMC,2 bangunan Sains Kuantitatif n last bangunan STML..kat situ ade lif kat tengah2 antara 3 bangunan yang di pecah tadi.Bilik lecture aku jer number bilik dia start angka 2 kat aras 3 tu..tak tahu sebab apa..

Moralnya,jangan marah bila kau kene penat.sebab penat tu lah akan bagi kau pengalaman n tambah pengetahuan kau.Kedua,sila yakin dengan diri anda dan apa yang anda dah tulis,sebab kata-kata orang lain tak semestinya betul.Ketiga,jangan malu bertanya.Keempat,rajin2 lah explore tempat baru supaya korang tahu ape yang ade di situ.(pada aku bangunan baru kat DKG 6 ni cantik,sesuai lah nak buat photoshoot)..


Saturday, December 17, 2011

Hanya Engkau YG Mampu

SEKUAT mana saya SETIA...

SEHEBAT mana saya MERANCANG...
SEJAUH mana saya MENUNGGU...
SEKERAS mana saya BERSABAR...
SEJUJUR mana saya MENERIMA AWAK...

...Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama...Kita Tetap Tidak Akan Bersama ...
...Tiada Yg Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang...
...Dan Sebaik-Baik Yang Merancang Itu Adalah Allah s.w.t...



credit to..EN.MIMPI :)

Friday, December 16, 2011

Kekasihku Milik Orang Part 5

Hari ni insyaallah sehari aku takde mesej dia..kisahnya semalam,dia tegur aku sesuatu..dia cakap ape maknenya kalau sayang pun tapi dia dah bertunang..apa perasaan aku,kalau aku bertunang dan tunang aku mesej
dengan orang lain..?

aku paham situasi aku.malah sikit pun aku tak pernah lupe..walaupun sesaat.aku sedar yang aku memang tak pernah ada apa-apa dengan dia..bukan aku minta jadi macam ni,jauh sama sekali..malah dulu aku lah orang yang tak sukakan dia,bencikan dia sebab masa tu aku tak suka lelaki gemuk,laki skema macam dia..tapi semua tu da berubah..seiring dengan kedewasaan aku,aku pun dah tak memilih paras rupa dalam memilih pasangan..

aku terpaksa akur dengan permintaan dia.walaupun hati ini berat..nak aku luahkan atau tanyakan pada orang lain nanti kena marah..sama macam waktu aku tanyakan imam muda asyraf waktu krisis dulu..

aku cuma doakan dia bahgia dan tenang tanpa kehadiran aku sekarang..

Haruskah ku terus melayani perasaan
Meski pun ku tahu itu hanyalah khayalan

Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman

Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi

Tidak mungkin kembang lagi dan berseri..

Kekasihku Milik Orang Part 4

sambungan cter dari part 3..dia tak nak tunaikan permintaan aku..aku tanye knape?tapi takde jawapan..dia juz cakap tak nak je..hancuss hati aku..siyes.sampai hati dia (-.-)...

lepas tu aku cuba berunding(negotiate) ngan dia.apply subjek aku blaja sem ni..cuba dapatkan BATNA(best altenative to negotiate agreement)..aku guna 7fasa psoses perundingan Greenhalg.Berguna jugak..kasi asah memory otak aku,sambil nego sambil ingat teori untuk final exam.3 in 1..hehehe

finally!jeng3..im win this situation..he also..dia mintak aku bace Quran kat dia dulu..baru dia pulak bace kat aku..suke sangat2..thanks sambil senyum sampai telinga.. =D

Thursday, December 15, 2011

Kekasihku Milik Orang Part 3

alhamdulilah..malam tadi aku dengan dia contact semula..aku happy sangat.walaupun aku sakit tekak,aku cover suara,buat macam tak sakit..nak bagi dia fikir aku dah sihat

.padahal hari ni,demam aku makin menjadi.kepala aku makin sakit..tekak aku makin perit..sampaikan nak turun ke kafe pun aku tak larat..kelas pun aku tak pergi.seharian macam ni..rugi rasanya tak pegi kelas,sebab hari ni lecture bincang topik2 penting untuk final exam..

tadi petang aku mesej dia..ntah lepas maghrib tadi badan aku makin panas.satu badan aku selubung dengan selimut..aku sejuk,tapi badan aku panas..tapi badan aku tak berpeluh pun..sikit pun tak..

Dalam tahan rasa pening kepala yang makin menjadi,aku terasa nak baca Al-Quran..aku baca surah-surah pendek dalam hati...sebenarnya aku nak sangat ambik Al-Quran dan baca..mungkin itu akan buat aku rasa lebih tenang dan dilindungi oleh Dia..tapi aku tak boleh sebab uzur..

Hati aku tetiba teringatkan dia..aku tahu rutin harian dia..kerjanya hari-hari mengajarkan ilmu agama dan mengajar anak-anak mengaji di sekolah dan tuisyen di rumah-rumah orang..aku pernah dengar suaranya menyanyikan lagu-lagu nasyid..not bad..

Aku ingat lagi..masa tu dia hantarkan aku balik ke rumah orang tuaku.Saat tu aku tak layan lagi lagu-lagu nasyid.kalau lagu yg aku tahu hanyalah lagu cinta zaman sekarang dan lagu-lagu rock kapak 90an.lagu-lagu nasyid yg dia pasang jujur aku cakap,20% jer aku tau..tu pun nasyid genre cinta..ciap kene perli lagi aku dengan dia mase tu.malu aku.(-.-)..

respon dia terhadap permintaan aku..?next entry aku cerite..sabar ye kalian2..

Kekasihku Milik Orang Part 2

2011-12-14
Hari ni rase macam nak demam je..mata pun xsegar macam biasa.sakit tekak mase bangun pagi.ni symptom nak demam aku..sumpah aku tak nak..ni demam nak balik kampong ke ape?adoi..

Dah la arini ade kuiz hris,aku tak study apa pun.. sbb aku apa yang aku bace tak masuk.otak aku tak dapat serap ape yang ade kat buku tu...kepala aku pening.aku nak tido,tapi takut tak terjaga pulak..kuiz ni penting.walau ape pun aku kene jawab jugak..

Dia..kenape dia macam dah tak caring pasal aku lagi haa?..dia dah tak sayang aku lagi ker?
Dlu walau sesibuk mana pun dia mesti ade dengarkan luahan hati aku..tapi tadi,aku mesej dia..aku cakap yg aku rase tak sihat.tapi dia Cuma balas dia busy buat assignment je..sedih hati aku..

Walaupun aku dengan dia tak pernah declare bercinta,dia tak tau ke yang aku sayang sangat kat dia?
Dia tak nampak ke apa yang aku buat untuk cinta tak kesampaian ni?Dia tak rasa ke apa yang aku rasa?

Tuhan..tolong kuatkan hati aku..aku redha kalau dia di takdirkan bukan untuk aku.tapi aku mohon,bagi aku ruang dan waktu yang ada ni,untuk aku rasa bahgia dengan dia.sebelum dia bernikah dengan jodoh dia..sebab lepas pada tu,aku tak kan ganggu dia lagi dan aku selalu doa dia bahgia..
Semoga Tuhan makbulkan doa aku yang satu ini..amin..

Tuesday, December 13, 2011

Kekasihku Milik Orang Part 1

Aku kenal dengan dia dah dekat empat tahun..mase tu aku baru je lepas SPM.umur aku 18thn baru parents aku bagi pakai handfon..tu pun pinjam along aku punyer..Model fon aku pakai mase tu nokia butterfly..actually aku pun tak sure name betul dia ape.tapi fon dia petak dan kecik je.screen dia punye cahaya kaler biru..kale kesukaan aku..

Mase tue kire macam aku ni budak baru nak naik remaje lah kiranya.baru nak up orang kate..happy giler walaupun dapat fon sekecik tu je..janji dapat mesej.tu je motif utame aku mase tu.jeles kot tengok kawan2 duk mesej ngan boyfren dorang..aku pun nak jugak..huhuhuhu..naif nya la aku pasal function sebenar handfon mase tu..

setakat ni dulu.nak pergi outing ngan roomate.nak mandi cepat2..nanti tertinggal bus free pulak..bus 530pm..ok bai!

Saturday, November 19, 2011

Aku sekarang buzy macam nak gila!

hai sume (n__n)v..

hari ni aku cuma nak cakap yg sekarang aku tengah bz tahap nak gila..jadik kalau kau2 text msg aku,chat fb ke baik emel ke aku diam seribu bahase or jawab cam nak tak nak jer jangan marah oke.aku bz..tolong la paham situasi aku sekarang..aku nak naekkan pointer aku.jadik sila beri aku ruang dan waktu dan peluang untuk mase2 yang ade ni ye..hadeh penat bebel dah nih..ok sudah.taknk cakap banyak.korang tengok jelah task aku utk minggu nie dan nilai sendiri.aku nak sambung buat keje yg mnggunung tu..sebelum aku meletus bak gunung berapi baik kau jangan kacau

17n0v-cari background company public bank
         -cari software untuk buat proposal HRIS

18nov-buat slide quality management nak bentang hari khamis

 21nov-mid term test applied statistic(chapter1-2)

22nov-midterm HRIS (chapter 1-5)

24nov-presentation quality
         -mid term test negotiation (chapter 1-5)

Wednesday, November 16, 2011

JatUh ChEnta lagi..

cer tengok muke aku tu..ade muke jatuh cinta tak??hahaha..
 "pertama ku melihatmu bergetar rasa hatiku
berdebar-debar jantungku mungkin ku suka padamu
ketika ku melihatnya berdetak-detak didada
mungkin itu suatu petanda bahawa ku suka padanya.."


"jatuh cinta lagi
lagi-lagiku jatuh cinta
aku jatuh cinta kepada si DIA.."
lalalalala..lalalalala..

heheh penah lagu matta ni tak?mood aku tengah cam skang..
sebab kan siang tadi..aku jumpa encik EDU..ngeh3..SUKA GILer!!
eh aku dah jatuh cinta ker nih?..oh tidak!aku tak bersedia lagi lah..yeke??.. oke itu jer.BLUSHING da ni..oke bye!hehehe...


Tuesday, November 15, 2011

Ohh..LISA!!

hello..salam readers!!

SElamat HARI RAYE AIDILADHA yea..sempat lagi kot wish kat uolls kan? erm haritu 3 minggu aku kat rumah.so mengUPDATE blog akan terREHat kejap sebab aku akan menghabiskan masa untuk bermanja2 dengan family tercinta..yepp aku memang manja+gediks..hohoho..

Oke..hari ni aku nak cter pasal cik LISA..hah saper tu?alahai lisa cikit punyer glamor kalau tak kenal mmg saje lah kan..SEKALI LAGI,semerah cinta Stilletto tak kan xpenah tengok kot..nie cik LISa ye kawan-kawan..

super cun..santekk macam bunga!!
tapi hari ni aku tak nak cter pasal dia..cik LISA ni dah cukup banyak cter dia kau orang bace kan.So aku lebih prefer nak citer sal kembar dia..LISA jugak..tapi LISA yang ni best.sebab korang bukan jer dapat tengok muka dia..nak pegang2 pon tak pe..takdak hal punyer..

LISA baru..bakal saingi REMAJA pulak..hepp pepandai jer aku kan.ok ini LISA adalah magazine baru yang keluar pada hari ni..meh nak story cikit ek..pada pandangan aku lah kan,personally majalah LISA adalah:
~sangatlah macam cik LISA..cover dia cun
~majalah ni ala-ala macam remaja jugak(ada citer pasal retiss,kecantikan,tips)
~nipis dari majalah REMAJA,harga pon lagi murah rm3.90 jer(saper nak saving tu mmg sesuai sgt lah)
~ada promote barang2 makeup,dress,aksesori sekali dengan harga(sebelum shopping ley usha2 dlu,bajet2 wit korang..kan best tu)
~aku bg 3bintang dari 5

majalah patut beli bulan ni..korang beli,tengok,belek n nilai sendiri kay .oke bye!! =)

KELUARAN PERTAME 15nov2011





Saturday, September 24, 2011

i will survive!!..

salam semua..=)

huhuhu..tajuk entry kemain lagi.apa yang di survivekan lah aku ni kan?actually berkait pada entry aku semalam,bende tu lah yang di survivekan..siapa kata duduk kat u ni tak mencabar emosi dan jiwa haa?kalau ade yang jawab tak tu memang tipu lah kan.Hatta student yang dapat 4flat pun akan rase jugak terrrkANAn ni tau.ini realiti oke.bukan kisah fairy tail yang happy je manjang..life kat sini ade happy ade moodynye.

Penah tak kau rase jeles tengok kawan uolls yang da kerje kat luar tu?ade tak..ade tak?jujur aku jeles jugak beb tengok dorang2 ni..walaupun belajar setakat spm je tapi dah ade income sendiri kot..yang duk terkontang kanting belajar ni ape yang ade??wat loan mude2 ade lah..puluh ribu lak tu..dah ade anak pinak pun belom tentu abis bayar tau..uhh sadis betol hidup ni kan?tak aci..tak aci..

Tapi dah pilih jalan untuk study ni kene la teruskan jugak..think positif okey(tunjuk kat muka kau sambil ingatkan diri sendiri..teeeett..).jadikan cabaran satu kekuatan..jangan lupe pada family ni yang paling penting..kat bilik tu tak payah lah simpan gambar gegurl ke boboy korang..taruk gambar family ke parent kan elok..wohoo baiknya aku.yela kene baik-baik tau.nanti ujung sem wit ptptn da kering nak mintak kat siapa?PAMA jugak..

mak abah..walaupun nonie tercampak kat bumi sintok yg berhutan ni,nonie akan belajar sampai dapat degree ..setahun je lagi kan..walaupun tak dapat course yang gempak2 cam orang lain i will do the best.setakat yang aku mampu..doakan kejayaan aku yea readers..thanks..

Friday, September 23, 2011

Dunia baru penuh liku

hye!salam readers..

Lama giler dah tinggalkan blog nie..hee :D..Hari ni dekat 2 minggu dah masuk U balik..haish dugaan betol awal2 sem ni..part yang paling aku mencik kene pindah dpp lain..dpp stand for dewan penginapan pelajar ye uolls..
dari proton kene pindah ke bank muamalat..jauh tu..berKM jugak lah kan..

Mase awal2 tu rase macam nak tercabut jugak la urat saraf ni..bayangkan lah kene pindah kat tingkat 5,tak de lif pulak..mmg tekanan jiwe jugak lah kan..balik kelas je terus pengsan atas katil..bangun tido je sakit2 kat betis..tapi lame2 oke dah..

Boleh kata kalau nak slim cam aku tak yah g slim world la..kat sini pun cukup..mau tinggal tulang ngan kulit je aku..cafe pun jauh jugak..tambah pulak dengan dewan kuliah baru kat u aku yang macam hampeh..terlebih kreatif kot arkitek yang design tu..bilik kuliah 30kelas letak berderet..bukan nak letak satu bangunan..mak ai..grr..geram je aku tau.da la bus stop jauh..kalau ikut kan hati ni nak je suh u ni taruk eskulater ke..mudah sikit kan?ye dak?..

erm tak tau nak salahkan siapa..redho jelah..tahun akhir.sabo jela..

Tuesday, July 26, 2011

im back!!

ellow2..
lame gila aku tak update blog ni..da bersawang2 daa..hahaha..nampak sangat pemalas gila tuan blog ni..hehehe..
actually aku bukan lah malas oke(ececeh..nak nafikan lagi tu)..aku dah lame tak update becoz of aku lupe pasword blog ni..cam orang tua je kn??tak tua lagi oke..awal 20an.

um skang aku ngah bercuti kat kampung halaman tercinte..cuti sem je pun.sampai lah raye ni..duk rumah ade kala bosan adekala best gilak! =)

Friday, May 20, 2011

Buka Hatimu..

Lirik Lagu Armada Band Buka Hatimu Lyrics
Aku telah lelah mengikuti
Semua langkah kakimu
Dan mengharap bisa memiliki
Berbagai cara telah aku lakukan
Untuk hidupmu
Hingga aku mengorbankan hidupku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Buka hatimu
Bukalah sedikit untukku
Sehingga diriku
Bisa memilikimu
Betapa sakitnya
Betepa perihnya hatiku
Selalu dirimu tak menganggap ku ada


Source: http://liriklaguindonesia.net/a/armada-band/armada-band-buka-hatimu/#ixzz1Mrw0Xd7q

Thursday, May 19, 2011

Luahan hati Part 2..

kepada dia..thanks ingatkan aku tentang kenyataan perpisahan kita..smoge awak Happy selalu..

Luahan hati..

hari ini aku ditinggal pergi lagi..pergi yang tak mungkin akan berpaling lagi dari insan yang amat aku sayang..tabahlah duhai hati..mungkin ini jalan takdirmu..
buat diri ini,terimalah ketentuan ini seadanya.kerana kau telah yang terbaik untuk mempertahankan rasa itu..selamat tinggal janji 14februari ..yang pergi tetap pergi..hidup harus diteruskan..

Tuesday, May 17, 2011

Aku cintakan mu kerana..AISHITERU...

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali
kembali ke *)
sayang aku

Wednesday, March 16, 2011

Amacam..encem Tak???

salam..

entry ni dibuat khas untuk orang-orang yang suke kan keindahan ciptaan Tuhan atau dengan kate mudahnye untuk mereka yang suke tgok orang encem lagi stylo..haa..aku terjumpe 2 orang cikgu kacak ni dalam blog dorang..

haa..lihat d situ..aku bukan jenis lihat kacak tu pade rupa paras semate-mate..tapi jugak pade ilmunye okeyh!woha..encem tu subjektif taw dak??

ape yang menarik ttg dorg nih adalah 22 bakal cikgu gitu..haberuntung tu sape dapat jadik anak murid dorg.ari2 dapat tatap cikgu encem..dapat ilmu lagi.dapat spirit aper nk blajo lo dapat cikgu cam gini.hahaha..but back to  the nawaitu..g skolah utk tuntut ilmu..bukan untuk usha cikgu encem okeyh..
pade aku dorg ni bukan saje berpotensi dari segi rupe tapi jugak,bende lain..cam daniel adie,selain bkal cikgu,dia jugak berbakat dalam posing2 kat depan kamera.dia jgk boleh wat hantaran kawin lagi.Dorang masing punyer blog..DANIEL ADIE dan BUDAK LELAKI SEBELAH PINTU.taip jer kat google..pasti jumpe punyer.untuk lebih lanjut mari lihat pic dorg dlu...-------->>>>>>


ni dia hizami n daniel adie..amacam encem tak??

p/s:pic ni diambil dari blog DANIEL ADIE..huhuhu izinkan saye yer cikgu..ngee~
Untuk pic yg lagi jelas-------->>>>TEKAN KE BAWAH...

yang paling ujung skali blah kanan cikgu hizami..

ni cikgu adie....
nota kaki:pic dari blog mereka..harap maklum..



Thursday, February 17, 2011

task

       Minggu banyak giler task kena buat..serase macam tensen pun ade..arini je pagi-pagi da kena mendaki tingkat 4..kalau ada lif xpe lah jugak..naik berpeluh jugak..
    
      Paling aku tak senang sekali ade gangguan makhluk ape ntah..tak lah aku nak gambarkan..tak habis menyesakkan no.fon dia kat fon aku..sebal betul!!orang cakap busy pun tak paham..

Monday, February 14, 2011

~14feb2011..

smoge hari-hariku indah tanpa sebuah duka...
hari ni..14feb2011 isnin,11r'awal1432(110pm)satu hati mngikat janji pada hati ini untuk menyatukan dua hati dalam sebuah ikatan yang akan membawa aku ke dunia baru dalam hidup aku setelah aku mghabiskan pengajian d bumi sintok..ya allah..bukakan lah hati ini,andai dia telah kau cipta untukku..amin

Friday, January 7, 2011

sambungan...

aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise
dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... bergegar
sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau
dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut
'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan
minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata
aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus
melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka 
merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi 
aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku.. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun
jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!!

suprise!!

       Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan
meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah.

    Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur
rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je 
kat rumah aku rasa amatlah kenyang. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka 
ikatan yang menutup mataku.

       Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya.... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! ... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. bersambung~~~

Antara Dua Darjat..


"saya sedar siapa saya..!!bentak Ahmad kepada pujaan hatinya Liza.
"awak,maaf saya tak dapat nak memberi kasih sayang saya kepada awak,lihat jekla diri awak tu....,"Liza tak menghabiskan katanya.Matanya melirik badan Ahmad dari atas kebawah sambil menggeleng-geleng kepalanya ala-ala Juhi Chawla bile nyanyi ngan Shah Rukh Khan.Kemudian die tergelak.
Ahmad yang merasa dirinya terhina membalas dengan berkata"saya tau awak malu dengan saya,saya dah la pakai baju lusuh,tade motor gi jalan-jalan pown naik beskal jerk,lainla awak tu kaya....,"Balas Ahmad kepada Liza.Die sedar die dan Liza ibarat langit dengan bumi,Liza anak Dato' Mansor,seorang usahawan petai dalam tin yang berjaya,sedangkan dia,anak penoreh getah.
"awak cakap je la awak nak anak orang kaye kan?ye la kita putus jerk la!!kata Ahmad sambil menunggang basikal yang sebelum ini disandarkannya diperdu pisang.
Ahmad mengesat airmata ketika meninggalkan Liza,Liza memandang Ahmad sambil gelak-gelak dengan angkuhnya...ketika Ahmad semakin jauh dan mahu membelok selekoh untuk kerumahnya,Liza kemudian menjerit,"Ahmad!!nanti kita main sama-sama janganla merajuk!!
"ish,Ahmad ni belum sunat lagi dah nak kawen ngan kite,"kata Liza budak darjah 4 SK Sri Tanjung dalam hatinya sambil tergelak-gelak ala2 cipan mengalami kesukaran untuk melahirkan anak kembar.
THE END....

Tertinggal..


        Disatu lapangan terbang, sepasang kekasih, Bloom dan Jenab saling
memandang dengan ekspresi wajah sedih. Mereka akan berpisah selama
dua tahun kerana Bloom terpaksa berpindah ke New York. Tidak lama kemudian,
terdengar suara dari operator bahawa pesawat yang akan menuju ke New York
akan berangkat. Sebagai tanda perpisahan, mereka berciuman dengan sangat mesra.
Kemudian Bloom meninggalkan Jenab sambil melambaikan tangannya dengan air mata yang menitis di pipinya. Setelah berjalan dua ratus meter, tiba-tiba Bloom berlari semula mendapatkan Jenab.
     Jenab dengan hibanya berkata ,"Pergilah Sayang. Aku merelakan pergianmu!".
Bloom menjawab,"Maaf sayang. Gula-gula getahku tertinggal di dalam mulutmu."