Friday, December 16, 2011

Kekasihku Milik Orang Part 5

Hari ni insyaallah sehari aku takde mesej dia..kisahnya semalam,dia tegur aku sesuatu..dia cakap ape maknenya kalau sayang pun tapi dia dah bertunang..apa perasaan aku,kalau aku bertunang dan tunang aku mesej
dengan orang lain..?

aku paham situasi aku.malah sikit pun aku tak pernah lupe..walaupun sesaat.aku sedar yang aku memang tak pernah ada apa-apa dengan dia..bukan aku minta jadi macam ni,jauh sama sekali..malah dulu aku lah orang yang tak sukakan dia,bencikan dia sebab masa tu aku tak suka lelaki gemuk,laki skema macam dia..tapi semua tu da berubah..seiring dengan kedewasaan aku,aku pun dah tak memilih paras rupa dalam memilih pasangan..

aku terpaksa akur dengan permintaan dia.walaupun hati ini berat..nak aku luahkan atau tanyakan pada orang lain nanti kena marah..sama macam waktu aku tanyakan imam muda asyraf waktu krisis dulu..

aku cuma doakan dia bahgia dan tenang tanpa kehadiran aku sekarang..

Haruskah ku terus melayani perasaan
Meski pun ku tahu itu hanyalah khayalan

Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman

Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi

Tidak mungkin kembang lagi dan berseri..

No comments:

Post a Comment